SBSP-PS-SQT-EHK-SJP [eUM]

Day 1,654, 01:30 Published in Malaysia Malaysia by Amli Nujhan

Kren digunakan untuk membantu KD Najib timbul di Pangkalan Tok Bali, Kelantan.

Lumut- Day 1654. Jurucakap Pangkalan TLDM, Laksamana Pertama FallenRaiser mengesahkan khabar viral yang merebak di internet bahawa kapal selam terbaru negara, KD Najib, telah mengesan suatu isyarat gelombang aneh dari dasar perairan Laut China Selatan. Hal tersebut turut mendapat perhatian antarabangsa berikutan dari kedudukan kawasan tersebut yang menjadi perebutan beberapa negara yang berkongsi sempadan.

Perairan Spratly memperlihatkan perkembangan sesi latihan bersenjata kerap dijalankan oleh negara-negara terbabit. Kebimbangan berlakunya PTO serta NE secara besar-besaran dirasakan memuncak oleh masyarakat serantau.



Selain dari kapalselam negara itu, beberapa bot nelayan laut dalam turut melaporkan mereka mengalami gangguan frekuensi aneh tersebut pada alat pengesan mereka. Gelombang diterima jelas oleh KD Najib dalam frekuensi tinggi UHF. Berdasarkan dari para pengkaji teknologi grafik, ianya ialah berbentuk suatu turutan kod dalam bahasa yang tidak di fahami; cuma ianya dikesan dari dasar lautan yang mustahil mempunyai gelombang tersebut.


Bahasa kod yang sedang giat di kaji oleh para intelek seluruh dunia.

Lebih menggemparkan ialah ramai nelayan kecil di beberapa tempat sepanjang persisiran pandai dari Miri hingga ke Labuan kecoh dengan pengalaman bertemu dengan beberapa spesis haiwan lautan berakal yang ditemui timbul dengan pelbagai variasi kisah menarik.





GtS


To be an eMalaysian and gain life time scholarship in eUM, please born/reborn as an eMalaysian