Huh Sahabatku
Awang
Artikel kali ini bukanlah mengenai isu RL tapi sebagai manusia mestilah saya perlu memperingati diri saya mahupun orang lain.Lima purnama telah berlalu, pilihan raya kongres telah pun tamat, Nagyzee dah pun jadi Perdana Menteri eMalaysia sebanyak lima kali tapi setakat manakah pencapaian kita di eRepublik.Setakat mengumpul pingatkah?setakat belajar berniagakah?setakat untuk mengeluarkan perasaan yang terpendam yang telah di simpan lama?
Itu kisah lama,itu kisah kita rakyat eMalaysia, kerajaan telah melakukan pelbagai inisiatif untuk kita seperti pemberian gift oleh social office, tutorial untuk bermain dan bermacam-macam lagi. Apakah yang mampu di berikan oleh kita kepada negara eMalaysia kita yang tercinta ini?Setakat menderma gold selepas pilihanraya kongres? Ya , jika itu jawapannya,saya kira perkara itu hanyalah satu per lapan daripada sumbangan terhadap negara.
Kenapa ya saya menulis artikel sebegini, mungkin pada pendapat cendekiawan di eRepublik seperti CDV, ww88 dan pelbagai lagi cendekiawan di sini akan menganggap artikel saya sebagai sampah.Tidak isi yang ingin di nyatakan mungkin luahan peribadi mahu pun perkara yang terdetik di hari.
Saya mahu membuat sedikit teguran secara terbuka kepada CDV supaya menggurangkan ataupun tidak meletakkan gambar yang boleh menggugat keimanan seseorang di eRepublik,saya tahulah bahawa saya ni orang biasa yang tidak ada peranan sangat di dunia sebenar, hanya pelajar yang mengisi kekosongan waktu dengan ilmu. Mungkinlah ilmu agama saya ni satu per sejuta dari setitis air di lautan.
Wahai pembaca pemangkin negara yang bertunjangkan fahaman chauvanism, bangunlah anda daripada tidur untuk menggegarkan seantero eRepublik. Marilah kita menceriakan negara kita sendiri dengan menyertai perbincangan di forum, memberikan pandangan terus kepada kerajaan yang mentadbir, saya sedar sama ada di RL mahupun di eRepublik ada sahaja rakyat pelbagai kaum. Mari kita tunjukkan semangat kita sebagai rakyat eMalaysia dengan mendaulatkan Bahasa Malaysia bahasa rasmi kerajaan kita. Saya bukanlah menyeru agar anda semua untuk terpengaruh dengan fahaman satu Malaysia. Itu tidak sama sekali.
Akhir sekali,saya ingin mempersoalkan tentang maruah yang perlu di pertahankan oleh seorang pemerintah. Saya berasa satu perasaan yang tidak dapat di ungkapkan dengan kata-kata. Dia berani menafikan bahawa dialah nevvven yang berada di dalam artikel Wander Forward.Yang saya paling kesalkan adalah tindakan Presiden eIndonesia mencabul perjanjian kedamaian eMalaysia. Ini mungkin adalah cuma permainan tetapi di sinilah akhlak kita kelihatan, ada yang di RL yang baik , bersopan santun tetapi di erepublik hampeh tahap gaban, melalut sana,melalut sini.
Comments
😑
vote.
Awang ch brani menyatakan pndapat..
Bgos awang..
truskn usaha anda.
Sla akn menyokong dr blakang.
MAybe kita p'lukn bnyk lagi pemain yg cekap dlam menguruskn negara ini.
@CDV
Kurangkn sdikit gmbaq yg leh gugat iman..
Kita neh men game neh untk fun,bkan untk tengok bnda yg x spatutnya.
Bnyk citizens yg msih leh dikategorikn sbg `kid' lg.
Contoh😒la_boyz,Awang,Virus13,danialarif f,danial ariff dan bnyk lg yg maybe sla xtau.
Sbg pemerintah,adalah pnting untk kita menjaga dan p'thnkan negar ini dr sebarang anasir jhat yg mmpu gugat keamanan negara.
@Awang
Maybe kita akn tngok reaksi dr Indoensia slpas neh.
Masila tlah menyatakn kekecewaannya t'hadap roy_f slepas president Indonesia(roy_f)telah melanggar syarat p'jnjian keamanan yg telah ditandatangani sbl0m neh.
P'kara t'sebut amat dikesali oleh kedua-dua pemimpin negara yg telah bersusah payah untk mengadakan perbincngn politik namun telah dihapuskn oleh PToers.
Untuk setiap perenggan saudara, biar saya meluang sedikit reaksi:
1. nagyzee hanya pernah menjadi PM eMalaysia 3kali.
2. Apa yang saudara telah lakukan untuk kommuniti eMalaysia - selain daripada 'menakluki' parti diusahakan oleh yang lain?
3. Saya tidak menganggap artikel saudara sampah, bahkan saya bersungguh berharapan saudara dapat meluangkan sedikit lebih masa untuk menulis sedikit sebanyak karya untuk lapangan minda bersama.
4. Berkenan dengan keimanan saudara, maaflah. Itu antara saudara dan akidah saudara. Jikalau imej-imej tertentu boleh mengugat keimanan saudara, saya yakin keimanan saudara semestinya lemah. Banyak-banyaklah berzikir dan membaca kitab2. Jika ternampak gambar Asmirandah yang mengasyikkan, mungkin tutup mata sikit? Namum, pendapat saudara tetap saya terima. Saya juga mengambil kira pendapat ramai lagi pembaca2 saya, dan juga pendapat saya sendiri.
5. Saya kurang faham siapakah yang saudara rujuk sebagai "pemangkin negara yang bertunjangkan fahaman chauvanism". Boleh memperjelaskan apa yang saudara cuba katakan?
6. Di hidup RL, dan juga hidup eRep - penipuan, pemainan kata2, sikap hipokrit etc tetap ada. Janganlah saudara salahkan nevvven ataupun Wonder Forward - kerana kedua=-duanya memainkan peranan masing-masing.
Sekali lagi - apakah peranan saudara di eMalaysia ini? Wahai si Awang, sebelum cuba memperbetulkan yang lain, mungkin cuba memperluaskan pandangan diri? Dunia kita dunia glokal - global dan lokal. 🙂
Akhir sekali, pasal mempermartabat and mendaulatkan Bahasa Malaysia - apa kata Awang cuba mendaulatkan nama negara dengan keupayaan berbahasa dan penulisan dwi bahasa? Apa kata saudara Awang menaikkan nama negara dengan sikap toleransi, harmoni, bertolak ansur, bersefahaman, bermuafakat dan berminda terbuka?
Banyak caranya untuk maju ke hadapan - baik di Dunia RL, maupun di dunia eRep. Saya sentiasa sedia berbahas dan berbincang sama saudara.
Sekian,
Carr de Vaux
Hai awang,
Saya sememangnya menunggu respon anda. 🙂
2. Berbalik kepada tunjangan "demokrasi" yang saudara Awang fahami. Demokrasi bukan bermaksud majoriti berhak melakukan ikut suka sahaja. Yang majoriti juga kena menghormati hak-hak minoriti. Dalam kes Pakatan Rakyat, saudara dan kawan-kawan saudara sewenang-wenang 'mencabuli' parti depa - pastu saudara ingat sekadar "I am sorry" akan menyelesaikan segala rasa hati yang teruris? Jika pemimpin kumpulan majoriti gagal mengawal tindakan dan sikap keharmonian pengikut-pengikutnya, mungkin dia tidak layak menjadi pemimpin.
4. Pasal tegur tegur ni - saya faham benar pasal sikap rakyat Malaysia. Malangnya kadang-kala kita sendiri terpeleset dengan siapa yang salah, siapa yang benar. Balik kepada "gambar yang mengugat keimanan" - saudara juga ada hak dan keupayaan menakis elemen yang tidak bermoral dan membela kekuatan keimanan saudara. Seperti yg saya katakan, bukan saya nak mempertahankan gambar2 yang kemungkinan menghairahkan saudara sla-boy - tetapi di dunia terbuka ini - kita patutnya kuatkan akidah diri - bukan setakat menegur apa yang tidak boleh dikawal. lagipun, kalau artikel saya melanggari peraturan eRep ataupun undang2 negara - saya bersedia menerima akibatnya.
5. Ikut fahaman saya = Chauvinism tu sikap "partisan dan kepercayaan yang sesuatu parti/kaum/bangsa/negara itu lebih superior. Membaca kembali ulasan saudara yang asal dengan definisi 'chauvinism' yang positif - saya agak faham apa yang saudara ingin sampaikan. Memang betul sekali. Rakyat2 eMalaysia - Sertai lah perbincangan di media, forum, irc - berilah pendapat dan kritis/sokongan anda.
Pandangan/pendapat tu tiada salah dan betul. Awang boleh terus menegur dan saya boleh terus post gambar Emmanuel Chriqui kesayanganku. 😃
salam,
CDV
@CDV
Pandai ko bagi salam rupenye hahahaha
@Awang
Apa yang di katakan oleh saudara itu ada kebenarannya tetapi untuk menggunakan bahasa Malaysia itu terdapat satu masalah.Saudara boleh di katakan sebagai "old player" di Malaysia dan sudah semestinya saudara memahami bahawa terdapat golongan besar penduduk di eMalaysia bukan RL Malaysia jadi mereka tidak memahami bahasa Malaysia jika ia di gunakan sebagai bahasa rasmi untuk eMalaysia.
Sebelum ini sudah ada usaha yang di lakukan oleh kerajaan eMalaysia untuk menggugunakan bahasa Malaysia seiring dengan bahasa Inggeris di dalam artikel-artikel rasmi kerajaan tetapi bagi saya ia adalah satu usaha yang gagal.Mengapa?Ini kerana pemain hanya akan membaca artikel-artikel tersebut di dalam bahasa Inggeris walaupun alihan di dalam bahasa Malaysia sudah tersedia.Secara peribadi saya sendiri telah melakukan kerja-kerja mengalihkan artikel-artikel berbahasa Inggeris ke bahasa Malaysia dan ia bukanlah kerja yang senang seperti kebanyakan orang sangkakan.Banyak masa perlu di curahkan untuk melakukannya walaupun dengan bantuan Google Translate.Jadi mengapa perlu membuangkan masa untuk melakukan perkara yang pada akhirnya tidak akan mendatangkan faedah?
Saudara awang janganlah salah faham akan kenyataan saya di atas.Saya bukanlah manusia yang lupakan bahasa ibundanya tetapi saya juga manusia yang mempunyai akal untuk tidak melakukan kerja yang sia-sia.Di sini saya ingin mencadangkan agar saudara membuat satu "proposal" kepada kerajaan eMalaysia agar menganjurkan pertandingan berkaitan dengan bahasa Malaysia.Sebagai contohnya pertandingan menulis pantun.Kerajaan eJepun sudah melakukannya beberapa kali dengan jayanya jadi mengapa kita tidak boleh melakukan perkara yang sama bukan?
@Noveras
cakap saya tak guna juga, saya nak sponsor 4 gold untuk pertandingan memartabatkan Bahasa Melayu,ada cadangan?
pertandingan BERPANTUN!!!!
(maybe berserta gambar2 menarik dari akhbar CDV)! Wkakaka
@Awang
seperti yang saya katakan tadi buat proposal untuk kerajaan bagi mengadakan minggu Bahasa Malaysia.Kalau kerajaan tidak setuju jalankan secara persendirian.Saya pasti akan ada orang-orang yang berminat dan saya juga pasti yang kerajaan tidak sebegitu kedekut untuk memberi sekurang-kurangnya 5 gold.
sidai kain sidai lampin
lambat kering harinya mendung
usah cakap tak serupa bikin
negara rugi PTO untung
satu dua kucing berlari,
manalah sama dengan kucing Pak Comok,
segala cinta telahpun mati,
tak kisah lah eNegara, biarlah seronok!
ewaaah!
ayuh! martabatkan bahasa Malaysia!!
oiit..
komen sla pnya la pnjng xda spa p0n nk komen..
pa cite??
kalo tutup mata ckit cmna nk bca artikel ko CDV??
Susah la cmtu..
kita taruk la gmbaq yg elok ckit mcm artikel noveras(ltak gmbq bndera).
huhu.
About p'tandingan tuh,korang xyah la join.
dh tau spa menang.
Sla la!!!!