[KERAJAAN] Maklumat tentang SOL untuk pemain baru

Day 781, 07:15 Published in Malaysia Malaysia by Prime Minister's Department

Para pemain yag baru,

Artikel ini bertujuan untuk memberitahu anda serba sedikit tentang Sol. Saya telah dimaklumkan tentang pemain baru yang kata bahawa mereka ingin menyerang negara jiran kita iaitu eSingapura. Hal ini sangat membimbangkan kerana eSingapura merupakan sebuah negara yang termasuk dalam pakatan Sol.

Sol merupakan sebuah pakatan antara 8 buah negara, di mana 7 dari 8 negara merupakan negara dari Asia Tenggara.

Negara-negara ini termasuklah:
Malaysia
Australia
China
Pakistan
Philippines(Filipina)
Singapore(Singapura)
South Africa(Afrika Selatan)

Terdapat juga negara pemerhati yang boleh mengambil bahagian dalam perundingan yang berkaitan dengan Sol tetapi tidak mempunyai kuasa untuk berundi dalam perundingan ini.

Sol merupakan pakatan yang atas pagar dan tidak menyokong apa-apa pihak dalam konfrantasi di eRepublik. Sol melatih askar-askarnya hanya untuk tujuan PERTAHANAN sahaja, bukan untuk menyerang negara-negara lain.

Satu contoh adalah apabila eIndonesia menyerang negara kita. Kita menyerang hanya untuk tujuan mengambil balik negeri-negeri yang telah ditakluk. Kita TIDAK menyerang negeri-negeri yang dimiliki oleh Indonesia. Sol merupakan pakatan yang neutral, bukan pakatan yang imperialis yang mementingkan tanah jajahan. Beberapa individu dari negara lain telah mengutuk negara kita kerana tidak mengambil kesempatan untuk menyerang balik negara eIndonesia walaupun kami mempunyai bilangan MPP yang banyak. Kami tidak menyerang kerana ini bukan matlamat negara dan pakatan kita yang neutral.

Satu lagi hal yang penting adalah permainan perang(War Games) dengan ahli pakatan Sol yang lain iaitu negara eFilipina. Tujuan perang ini adalah untuk para pemain dari negara-negara yang menyertai perang ini. Perang ini menolong para pemain untuk mendapat 'experience' dengan lebih cepat dan juga untuk tujuan 'wellness'.

Untuk maklumat lanjut tentang Sol, sila merujuk kepada Wiki eRepublik dalam Bahasa Inggeris.

Sejarah Sol/History of Sol

Sol

Jadi, marilah kita semua berganding bahu menjadi Sol sebuah pakatan yang termahsyur di eRepublik.

Akhir sekali, saya meminta maaf jika Bahasa Melayu saya tidak memenuhi standard professional dari eDBP. 🙂

Tolong undi artikel ini supaya semua orang dapat membaca ini.

Yang Benar,

Darrenj93

MOIAC