[eUM] Nasihat Tulus

Day 1,748, 03:51 Published in Malaysia Malaysia by Amli Nujhan


Maaf aku perlu katakan ini,... "Hentikan sikap ini sebelum ia menjadi tabiat di dunia sebenar kau."
Sedikit pelajaran asas perlu disampaikan.


Aku mula bermain sedikit awal sebelum penjajahan Serbia yang berlarutan. Sebagai seorang patriot, aku kekal hidup di eMy walaupun perit, ramai yang berenti dan tukar CS kerana tak tahan dengan cukai tinggi… hampir setahun gaji harian aku hanya cukup untuk beli roti dua biji; hanya untuk bekal bekerja esok hari… tak cukup health untuk training apatah lagi pergi perang. Aku pernah berhutang 5 biji Q5 food kerana health terlalu terdesak… tetapi aku langsaikan hutang tu walau pun tak diminta buat demikian.

Modul game dahulu nak travel pun kena beli tiket yang mahal; boleh bekerja di negara yang kita menetap saja; start main memang zero tanpa company sendiri untuk survive; kena punctual kerja hari2… kalau dah 29 hari kerja tetiba miss kena start from day 1 untuk dapat Hard Worker Medal. Gaji MYR5 sehari tu standard lah….Dan macam2 pahit getir kena lalu untuk bertahan sampai sekarang.

Oleh kerana populasi rakyat eMy menurun dari 2000 orang sehingga sekarang ni hanya sekitar 50 yang aktif agaknya (tak termasuk multis dan foreigners). Kami old players berasa perlu untuk memujuk pemain2 baru seperti kau untuk stay dalam game ini. Kami sangat menghargai new players macam kau. Gaji kami tidak lah lebih mahal dari gaji kalian, dan turn over bisnes pun tidak lah menguntungkan. Bersusah payah kami berpakat kerjakan kilang weapon di luar negara untuk bekalkan sebanyak mungkin senjata untuk beri subsidi; dan gaji aku sekarang pun masih tidak lebih dari MYR5 sehari.
Tetapi kami masih cuba entertain new players seberapa mungkin.


Namun sesetengah dari kalian ambil kesempatan dengan berleluasa mengemis sana sini, tanpa rasa kekok pun memeras keringat orang lain. Sesetengah dari kalian dah menggondol 10 hingga15 Battle Hero, 3 True Patriot… = berapa banyak Gold kat situ saja.
BH ini diperolehi melalui kesabaran, strategi, pertandingan dan sedikit ‘luck’.
Kerana Strength korang noob saja, tentunya itu hanya dicapai dari penggunaan roket yang boros.
Aku sendiri hanya ada sedikit BH berbanding dgn kau. Dan tak pernah capainya dengan roket.
Baru 3 kali aku hentam roket untuk support final minute battle outcome supaya kita boleh menang round tu… Kerana belanja roket sangat sangat sangat …saaaangat mahal.

Selama ini aku tak donate weapon atau food kepada newbies. Atas tanggapan benda2 itu tidak dihargai. Sebaliknya jika aku beri bantuan duit… orang itu akan belanja MYR1000 itu, kemudian menyedari betapa susahnya dia nak dapat seribu… lalu dia pun cuba berhemah berbelanja.

Kalian kekadang macam mengambil kesempatan, menjadikan diri kau seorang parasit. Lebih teruk jika juga menggunakan multi account lain untuk sindiket mengemis.
Jika korang mintak juga, aku masih murah hati untuk beri… tapi korang fikir patut-patut lah. Kalau ketika itu kita sedang kritikal pertahankan Negara, itu munasabah. Jika hari-hari biasa yang tak ada event begini, tak usah lah shout sana sini.
Bahawa sumbangan yang di beri oleh mana2 pemain itu adalah bukan kerana mereka itu ada company besar berpuluh buah; tetapi dari daya usaha memainkan peranan serta pakatan bersama ramai orang.

Generasi korang perlu juga mengerti perjuangan.
Aku kumpul duit untuk support ramai orang time susah begini, tapi cuba hargai lah sikit. Sebenarnya setiap individu tak perlu terkejar2 naik pangkat military. Bina Strength dulu. Gaji yang ada tu cukup untuk hidup... no worries.
Kau mintak sedekah untuk recover health... itu sangat munasabah, dan ramai orang akan rela sedekah. Pasal ia agak murah dan munasabah.

Tapi untuk weapon... ia adalah perkara luxury.
Orang derma biasanya time perang penting, dari stok simpanan senjata berminggu-minggu. Biasanya kami melantik penyelaras tertentu yang bergilir dan kekadang tak tidur malam urus agihan. Ada organisasi pengeluar secara pakatan dan pengorbanan. Jangan lah pula bazirkan pada perang yang tak berkaitan; menganggap senjata itu keperluan asas untuk perang,... pendek kata joli untuk bina karakter sendiri.
Aku pun dekat setahun juga perang tanpa weapon langsung.

Kalau kau nak speed bina karakter secara personal... guna duit betul untuk beli Gold dari Plato.
Tapi aku tak galakkan.

Hidup ala kadar... play roles, ambil bahagian dalam politik, berpakat...
DEMI NEGARA.

Sedarlah, kita semua dalam situasi sukar sekarang… kita tak ada negara!. Semua orang pun sedang merempat.

Aku betul-betul kesal terpaksa menulis ini.




Governor of eBank Negara Malaysia
Ex-Minister of Finance
Ex-Minister of Foreign Affair
Ex-Minister of Internal
Ex-Minister of Education
Dean of Erepublik Art and Technology, eUniversity of Malaya




To be an eMalaysian and gain life time scholarship in eUM, please born/reborn as an eMalaysian