[eUM] Kemandirian Warisan

Day 1,638, 11:51 Published in Malaysia Malaysia by Amli Nujhan

To Subscribe for my Media Moghul please
And a million thanks for doing so............. .




Dulu-dulu eMalaysia ni gagah terpandang juga walau hanya sebuah Negara kecil.
Kita pernah menjadi satu tonggak utama dalam satu alliance, iatu SOL.
Masa tu rakyat ramai dan sangat aktif.

Punca keruntuhan yang pertama. Perpecahan dalaman akibat dari sentiment kepartian yang jelas dari perlambangan parti-parti di dunia sebenar. Ada ala BN, PKR dan DAP. Diburukkan lagi dengan pergeseran dengan eIndonesia bersabit dengan isu-isu dunia sebenar juga.
Berlaku krisis penyelewengan kuasa, pemboikotan forum serta kroni sana sini menyebabkan ramai pihak yg tak puas hati terhadap pihak lain ambil keputusan untuk tinggalkan eMalaysia; atau pun berhenti terus dari eRepublik.

Mula-mula aku join dulu terang-terang presiden sebuah parti enggan beri aku seketul roti melainkan jika aku berjanji akan undi partinya…
Maka eSerbia telah ambil kesempatan menyelinap dalam sebuah parti tinggalan pendatang Hungary (DCoM). Lalu menjadi ancaman PTO terhadap eMalaysia. Walaupun kita menyedari adanya ancaman itu dari awal, tetapi kita tidak dapat bersatu secara wajar; eMalaysia pun tumpas ketangan eSerbia.
Penjajah eSerbia telah mengenakan cukai yang sangat tinggi. Memaksa ramai taukeh-taukeh terpaksa menukar kerakyatan untuk menyelamatkan industri mereka.

Gaji aku sehari hanya mampu untuk beli dua biji roti Q1 saja, sekadar maintain health over 40% (ketika itu jika health = 0, maka karakter kita itu mati permanent)… hanya cukup energy untuk kerja esok hari, tanpa training apatah lagi pergi war… Aku hanya ada sepucuk pistol Q1 yang aku menang contest, dekat setahun aku simpan.



Tanpa banyak support dari pemain lama, aku bergerak bersendirian dalam game ini sebagai seorang ‘solo revolutioner’ yang bergerak secara gerila dan subversif. Agak aktif dalam forum dan media, tetapi kurang interaksi interpersonal sesama pemain… mungkin faktor jurang umur, mungkin juga sebab orang lain ada group masing-masing.
Senario politik yang aku lalui semasa itu banyak aku nukilkan dalam bentuk kiasan dalam siri THE LEGACY.
(Di sarankan sebagai bacaan pengkayaan bagi kursus Bachelor of Ethnical Sciences)

Sekali terjajah, eMalaysia terus dijajah berkali-kali oleh pihak lain pula tanpa sempat kita bangun untuk pulih sepenuhnya. Kesan dari kehilangan kuasa politik, maka puak-puak serpihan telah buat hal masing-masing tanpa bertindak serius membela sebilangan rakyat biasa yang terkapai-kapai tidak ketahuan. Pihak ATO pun tidak didominasi oleh pemain RL Malaysia juga.

Kesan keruntuhan yang paling teruk ialah bukan terhadap ekonomi atau politik… tetapi terhadap sosial. Ini kerana terdapatnya jurang-jurang pemisahan yang jauh dalam hierarki social.

Keperluan utama eMalaysia ialah baby-boom populasi.
Tetapi, jika ada pemain baru shout bertanya cara bermain,… maka respon biasanya ialah, “Senang saja… klik kerja dan train saja”. Kita hanya mengajar rakyat menjadi pasif.


Kelompok pemain pertengahan yang berjaya survive pula hanya ada survival skill, tetapi tidak mampu membina orang lain. Mereka tiada ilmu untuk perkongsian maklumat atau mengajar orang. Kebanyakannya itu adalah kerana sekadar mampu mengikut rentak pemain-pemain lama sebagai penyokong.
Pemain senior pula, sampai ketikanya menjadi letih dan bosan dengan rutin masalah yang sama tetapi terus terpaksa memikul tanggungjawab. Jalan penyudahnya ialah dengan ambil keputusan bersara dari dunia politik; atau ‘bunuh diri’ saja.



Nak bermain kita perlu ilmu.
Selalu aku sebutkan bahawa ‘bermain’ tidak sama dengan ‘main-main’. Ini kerana bermain memerlukan tatacara serta sikap positif. Semangat Kesukanan.

Kerana itulah aku mendatangkan usul untuk menitik beratkan penyediaan sumber rujukan.
Umpamanya bagi Bachelor of Fact and Figures, ianya menjurus kepada pengkajian semula terhadap guides serta walkthrough; dan juga menyusun lapisan organisasi bertindak. Sekurang-kurangnya ada dua tokoh lama bersetuju turut serta dalam kajian ini, iaitu Dr Straatman dan juga Amer59(Mansour). Mansour ni aku boleh tarik untuk sementara waktu saja untuk membuka arah minda pemain-pemain lain. Beliau ketika aktifnya dulu terkenal sebagai ‘guru’ kepada ramai pemain utama.
Tapi kali ini Mansour pun kena pelajari juga selok belok modul baru.

Aku sangat berharap, di ‘hujung-hujung nafas’ ni kita dapat gemblengkan sisa-sisa kudrat untuk hasilkan sesuatu yang dapat diwariskan berpanjangan kepada generasi muda eMalaysia.
Kalau korang ada anak kelak, nescaya korang berusaha beri pendidikan supaya anak tu lebih hebat dari korang.

Matlamat akhir ialah hasilkan ensiklopedia yang akan sering disemak ubahsuainya; dalam medium Bahasa Malaysia; dengan ada link terus dari eRepublik Wiki. Itulah Perpustakaan Nasional.

Kemudian boleh mati dengan aman.


Permisi,

Dekan Seni dan Teknologi eRepublik,
eUniversity Malaya



To be an eMalaysian and gain life time scholarship in eUM, please born/reborn as an eMalaysian