[DAP] Undilah Untuk DAP!

Day 704, 19:34 Published in Malaysia Malaysia by DAP Fund

Rakyat Persekutuan FRoSEA:

Tak lama lagi, kita sebagai rakyat FRoSEA akan menjalankan tanggungjawab kedua-terpenting: mengundi dalam pilihanraya Parlimen/Congress.

Parti DAP, dahulu, sekarang dan di masa hadapan, akan terus berusaha ke arah eMalaysia/eThailand yang kuat. Pemimpin-pemimpin DAP telah memimpin negara ini melalui waktu-waktu gelap dan juga zaman-zaman kegemilangan. Nagyzee, pemimpin paling prolifik dari DAP, telah berkhidmat untuk rakyat FRoSEA sebagai seorang Presiden yang cemerlang, memastikan kestabilan ekonomi and perpaduan rakyat sejagat. Presiden kita kini - Badlands17 juga berjaya membawa model kestabilan dan pembangunan - setaraf dengan percapaian Nagyzee. Kita janji - jika anda memilih calon-calon parti DAP - kami akan terus membawa FRoSEA ke alaf yang lebih berjaya.

Parti DAP, selain daripada suatu parti 'good governance', juga sebuah parti rational. Polisi-polisi kami bertujuan untuk memastikan negara FRoSEA terus berkembang, dengan polisi cukai rendah dan polisi luar negeri yang neutral melalui koalisasi kita di Sol. Tetapi, kita tidak akan menjanjikan segala 'goodies' yang memuaskan hati semua pihak - polisi pembelanjaan DAP adalah lebih berhemat dan rational.

Jika anda mengundi parti DAP - bukan sahaja anda akan mengundi pemimpin yang terbukti kewibawaannya, anda juga akan mengundi seorang pemimpin yang mempercayai:

1. Cukai yang rendah. Mengapa kerajaan perlu mencukai wang anda - untuk digunakan secara tidak effisyen.

2. Pertalian global Sol yang kuat. Kawan-kawan kita di Sol adalah asset penting negara kita - and DAP menyokong perkembangan dan kekuatan koalisasi SoL.

3. Pemerintahan berhemat dan rational. Kita percaya semua polisi perlu diteliti sebelum di-laksanakan. Kita percaya immigran-immigran perlu dikaji latar belakangnya sebelum diberi hak kerakyatan, tak seperti yang lain - yang inginkan sebanyak yang mungkin rakyat baru. Kita percaya yang pemain-pemain baru perlu dibaru untuk mempelajari aspek-aspek eRepublik tanpa mengawal setiap langkah mereka.

Kita adalah sebuah parti yang Kuat. Kita adalah sebuah kerajaan yang TERBUKTI dan BERWIBAWA. Kita adalah DAP.