[KERAJAAN] MPP dengan Australia

Day 780, 20:44 Published in Malaysia Malaysia by Prime Minister's Department

Kepada Ahli Kongres eMalaysia,

Usul ini mungkin agak terlewat, tetapi undian YES untuk cadangan MPP bersama eAustralia amat diperlukan. eAustralia adalah sahabat baik eMalaysia dan sekutu SOL yang setia. Oleh sebab itu tidak ada sebab mengapa cadangan ini patut ditolak.

Seterusnya, saya ingin mengumumkan bahawa Sla_boyz telah menolak tawaran jawatan di kabinet sebagai understudy di bawah Jabatan Hal Ehwal Sosial dan Pelajaran. Dengan kekosongan ini, sesiapa yang berminat digalakkan untuk memohon jawatan ini dengan menghantar mesej kepada ww88, presiden kita. Ini adalah peluang baik untuk mana-mana ahli kongres kerana ini adalah batu loncatan terbaik untuk anda menjadi menteri penuh di masa akan datang. Jadi jangan lepaskan peluang ini!

Untuk newbies, jika ada sebarang persoalan yang timbul, jangan ragu-ragu untuk menghubungi Pejabat Sosial. Staf kami akan berusaha sedaya upaya untuk membantu anda.


Yang benar,
Darrenj93
MOIAC

Translated by eDBP team B