[GOV] Malaysian Training Division/[KER] Divisyen Latihan Malaysia

Day 783, 00:14 Published in Malaysia Malaysia by Prime Minister's Department

Attention newbies of eMalaysia,


This article concerns the Malaysian training division, a special branch of the military that will give you vital information on how the game operates and how to be a successful player in erepublik. It is highly advised that you join this training division so that you can get to know the game and its mechanics as fast as possible, turning you from a ‘baby’ into an adult who can contribute to the eMalaysian society and country.



This division teaches you how to fight as an effective soldier in times of conflict. It will also give you enough experience so that in the future, you might have the chance to become a military leader in the eWorld.

The training division will teach you how to follow orders properly and accurately. It will teach you how to not waste your valuable damage fighting in a training war when your country is under siege from a real enemy. You will learn the importance of following orders as well.



“A story goes that a mighty soldier in ancient China broke lines and charged into enemy lines. He came victorious and had slain 10 men on his own. His general, with tears in his eyes, ordered him to be bound and executed immediately. His captains asked him why he did so as this man was a valuable asset to the army. The general said that a soldier who cannot follow orders is a liability to an army. He could incite the rest of the soldiers to break formation and charge, destroying a well thought-out strategy and it could cost the battle.”



You might not think your 5-8 damage range currently makes a difference in a battle where there tanks and far more experienced soldiers in battle, but remember, if a thousand of you fight together, it can be the difference between sweet victory and bitter defeat.

“A single grain of rice can tip the scale.” (I watched ‘Mulan’ a lot so yeah…)



In addition to helping to further your knowledge and career into the military field, this is a great way to give you a chance in the world of politics. The training division will teach you how to not make yourself look like a fool in front of everyone, which almost always guarantees you to not make it into congress or to be taken seriously.

So what are you waiting for? Sign up now! Copy and paste the link below and fill in the form to be part of the Malaysian Training Division.

http://spreadsheets.google.com/viewform?formkey=dFhKdjZtZHhYbUZTU3dfdXdnaFdlRnc6MA



Yours truly,



Darrenj93



MOIAC



Perhatian kepada newbies di eMalaysia,


Artikel ini adalah berkenaan divisyen latihan Malaysia, sayap khas ketenteraan yang bakal memberi maklumat penting mengenai bagaimana permainan ini berfungsi serta bagaimana anda boleh menjadi seorang pemain yang berjaya di dalam eRepublik. Anda dinasihatkan agar menyertai divisyen latihan ini supaya anda dapat mengetahui lebih lanjut mengenai permainan ini serta sistem mekaniknya secepat mungkin. Ini bagi membolehkan anda membesar dari seorang "bayi" kepada pemain "dewasa" yang bakal menyumbang kepada masyarakat dan negara.


Divisyen ini akan mengajar anda bagaimana untuk berjuang sebagai seorang askar yang efektif di waktu darurat. Ia juga akan memberikan anda cukup pengalaman agar anda berpeluang menjadi pemimpin ketenteraan di masa akan datang. Divisyen latihan ini juga akan mengajar anda kepentingan mengikut arahan dengan betul dan tepat. Anda juga akan diajar bagaimana untuk tidak terlanjur membazirkan perjuangan dengan melibatkan dalam peperangan latihan sedangkan negara sedang diserang oleh musuh sebenar. Anda juga akan diajar mengenai pentingnya mengikut arahan.


"Hikayat meriwayatkan bagaimana seorang askar yang gagah di bawah kerajaan China kuno telah berpecah dari barisannya dan menyerbu ke arah barisan lawan. Dia berjaya menewaskan 10 orang tanpa bantuan dari orang lain. Jeneralnya dengan berat hati telah mengarahkan agar dia dipasung dan dibunuh serta merta. Para kaptennya bergegas mahukan penjelasan, memandangkan askar itu adalah aset yang amat berharga kepada tentera mereka. Maka jeneral itu berkata, seorang askar yang tidak boleh mengikut arahan adalah satu liabiliti kepada tenteranya. Dia menggambarkan sekiranya semua askar-askar yang lain berpecah dari barisan dan menyerbu musuh akan menggagalkan strategi peperangan yang telah dirancang lebih awal, dan boleh menyebabkan mereka tewas dalam peperangan."


Anda mungkin merasakan bahawa setakat 5-8 damage anda tidak akan memberi impak dalam peperangan yang melibatkan tank (pemain yang mempunyai damage tinggi) dan askar-askar yang jauh lebih berpengalaman. Tetapi perlu diingat, sekiranya beribu orang seperti anda berjuang bersama-sama, ia akan membezakan antara kegagalan yang mengecewakan atau kemenangan yang meriah.


"Sebutir beras sudah cukup untuk mencondongkan neraca." (Ya, saya banyak sangat tengok Mulan...)


Sebagai tambahan bagi menambahkan pengetahuan anda di dalam bidang ketenteraan, ini juga adalah laluan yang baik untuk bertapak di dalam dunia politik. Divisyen latihan akan mengajar anda bagaiamana untuk tidak memperbodohkan diri di khalayak ramai, kerana itu satu cara yang pastinya tidak akan membawa anda ke kongres.


Jadi apa tunggu lagi? Daftarlah sekarang! Copy dan paste pautan di bawah dan isilah borang untuk menyertai Divisyen Latihan Malaysia.

http://spreadsheets.google.com/viewform?formkey=dFhKdjZtZHhYbUZTU3dfdXdnaFdlRnc6MA


Yang benar,


Darrenj93

MOIAC


(Diterjemahkan oleh azarimy, eDBP Team 😎