Mari Memasak
JUJAI23
Mari lupakan pilihan raya yang akan datang.. Ku tahu ku takkan menang lagi.. Tulah siapa suruh on and off..
Kan dah bingai.. Jilake Beteii..
Marilah kite bincangkan sesuatu yang light and fun.. Kat Real Life korang berpolitik, Ingame pon nak jugak.. Korang nak jadi hape? lai lai lai
Bila sebut pasal makanan dan masakan,kita akan terbayang golongan mak,chef yang kebanyakannya lelaki,pakcik tukang masak dekat kenduri dan brader tukang masak kedai siam. Gua bukan nak mempersoalkan jantina siapa lagi hebat,jangan risau,gua bukan ultras lelaki cuma gua nak memberi pendapat kenapa kebanyakan makanan yang dimasak oleh golongan lelaki lebih power dari golongan makwe.
Gua percaya golongan makwe terlalu mengharapkan buku resipi ketika baru hendak belajar memasak. Ketika golongan makwe sibuk membelek buku resipi,golongan lelaki telah mempersetankan buku resipi dan mencuba bereksperimental dengan berbagai jenis masakan. Mereka menolak norma dan undang-undang dalam memasak. Apa yang golongan lelaki pentingkan ialah lidah mereka.
Kadang-kadang golongan lelaki turut melawan arus ketika memasak. Mereka terlalu rebel dalam masakan hinggakan seringkali mereka membuat sesuatu yang gila seperti meletakkan bunga kantan dalam sup. Tetapi hanya sesuatu yang gila mampu menjadi sesuatu yang genius. Terlalu biasa dan berhati-hati boleh membosankan dan inilah kesilapan yang selalu dilakukan oleh golongan makwe.
Fokus ketika memasak. Gua sangat yakin golongan lelaki lebih fokus ketika memasak. Bila mereka turun ke dapur,mereka telah bersedia memberikan segala tumpuan pada masakan. Rasa hormat dan fokus pada masakan membuatkan makanan itu mempunyai soul yang tersendiri.
Berlainan dengan golongan makwe yang selalu melakukan kesilapan kedua,tidak respek pada seni memasak. Memotong bawang sambil bergayut dengan pakwe,tengah menumis sempat lagi jeling ke rancangan melodi kat tivi,tunggu kuah mendidih pun sempat belek cermin lagi menyebabkan masakan mereka hilang punca.
Seperti yang kita tahu,keadaan dapur ketika golongan lelaki sedang memasak adalah sangat neraka. Lesung batu,pisau,penapis,blender,bawang,periuk bergelimpangan tetapi ini juga yang menyebabkan makanan mereka mempunyai rasa. Suasana memasak yang havoc dan fun menyebabkan lelaki lebih bersemangat ketika memasak.
Cuba bayangkan golongan memakwe memasak. Lepas guna piring sebijik basuh,lepas ambek sos tiram simpan semula dalam peti ais,lepas tapis santan,basuh semula penapis. Ini sangat-sangat skema. Cara memasak yang terlalu skema menyebabkan golongan makwe telah membahagikan otak mereka.
Mereka harus tahu yang bila memasak kita harus memasak sahaja. Kerja-kerja membasuh perkakas dan menyimpan barang harus dilakukan ketika kerja memasak sudah siap atau pun telinga dipulas oleh mak sahaja. Seni memasak adalah seni yang senang dipelajari tetapi sukar dimahiri. Celaka,power jugak ayat gua ni..
Gua harap golongan makwe yang membaca entri gua ini dapat belajar sesuatu. Cuba jadi sesuatu yang wild atau seekor Kitchen Animal ketika memasak,percayalah anda akan melihat perbezaannya. Ketika gua menulis entri ini,gua baru sahaja lepas memasak. Dan hari ini,gua belajar sesuatu,terlalu kreatif juga boleh membunuh
Comments
pertamaxx
jilake, yang vote tuh bukannye baca pownn.. ku dah tahu dah
haha..macam 'tut'.. o7
terlalu kreatif juga boleh membunuh
Biar aku ajar satu resepi killer.
Resepi NASI PUTIH
Basuh beras ala kadar. Sukatan air😛eras = 2:1
Telur 2 biji,basuh dan masukkan dalam beras.
Campakkan secubit ajinomoto dalam tu, dan tanak sampai masak.
Makan lah, complete lauk gali dalam nasi tu ada 2 biji.
Never yet fail to impress people... "apasal nasi kau ni sedap sangat?" lol
ku tak reti masuk... resepi yg ku tahu masak hanyalah resepi dlm kategori campak2... asal sedap, ok lah tu...
@Amli... telur tu basuh dulu tak sebelum masuk dlm beras??? Kalau tak... dh tau dh kenapa sedap... 😛
Dah ditulis.
"Telur 2 biji,basuh dan masukkan dalam beras"
Kalau tak basuh, itu hukumnya najis
hah amli? ku tak faham.. nasik dalam telur?
Dah ditulis.
"lauk gali dalam nasi tu ada 2 biji."
Maknanya telur rebus ada dalam nasi la.
Complimentary sebagai lauk express je tu. 🙂
Resepi killer ke-2
Resepi BUBUR NASI
Basuh beras ala kadar. Sukatan air😛eras = 6:1
Bawang putih 2 ulas, ketuk dan masukkan dalam beras.
Sprinkle ajishio dalam tu, dan tanak sampai masak.
Sesuai bagi 4 orang bujang yg kebuluran tapi beras ada segenggam saja. 🙂
ini dah macam blog resepi dah ni.. bubur nasi ko kasi titikkan sesame oil, biar naik aroma... yumm.. nom.. nom.. nomm..
Resepi spaghetti :
Masak mee spaghetti dan tosskan
Masakkan kuah spaghetti kalau nak letak sedikit daging cincang boleh masak sekali
Masukkan spaghetti tadi ke dlm pinggan dan letak kuah spaghetti di atas.
Letak keju secukup rasa dan masuk microwave untuk 2-3 minit
Siap untuk di makan.
Selamat mencuba.
@Haryati. Masak kuah spaghetti tu guna air sirap kan..kan..kan?
kuah spegetti itu guna yang anak chef wan punya tuh kan?
Resepi AIR CERDAS:
1) Jerang Air SYABAS yang telah di tapis oleh penapis Dr. Jabbar.
2) Sejukkan air yang telah didih tadi di hadapan radio kaset.
3) Perdengarkan zikir2 dari kaset KOLEKSI ZIKIR HAFIZ HAMIDUN
4) Sediakan botol mineral yang dibuang label.
5) Gantikan lebel baru yg bertulis AIR CERDAS BERZIKIR sesuai utk menguatkan ingatan kanak-kanak.
6) Isi air tadi kedalam botol.
7) Bawa ke stesen bas berhampiran dan jual dengan harga RM10 sebotol.
selamat mencuba..
kah kah kah... Jilake beteii ini legend..
demmit.. air cerdas mana kena jerang.. amik je terus dari syabas. jimat kos bahan api.
nk jimat kena agak2 la...kang pelajar kena tibi kang sape nk jwb...kang terpaksa jual kismis 30 juzuk pulak..
ku dh kata tak reti masak... so kuah spaghetti tu beli kat kedai ler... tinggal panaskan jer... cuma kalu nak letak daging kena make sure kuah tu mendidih dan daging tu masak... kalau tak buat mcm tu, ku tak bertanggungjawab kalau sakit perut atau kena salmonella...
Cornflique buat statement brilliant...
Jelas air cerdasnya terbukti berkesan.
ternyata air yang dijual anak2 thafiz itu hasil keluaran SYABAS?
Yup JUJAI23, tak kan dorang ambil air kolah tujuh masjid...ye tak?
V
possible jugak tuh.. tapi about kismis doa tuh.. memang ad ustad yang doakan kismis tuh sekotak2 ke?
ke time packing tuh die bukak kaset doa bg kat kismis tuh?
Konsep pemahaman dan pendekatan masing2 berbeza JUJAI23.
Doa, rukyah, rajahan, tamimah, pengisian, isim, awfaq...?
Bacaan mungkin kebetulan sama... tetapi siapa yang membaca, adalah sesuatu yg tersirat.
adakah pekerja kilang kismis itu semuanya muslim.. itu big question here.. tapi xpernah dengar or nampak pon kilang kismis doa mane2 kat ngara nih
Haha... bro. Kau jangan imagine kilang kismis tu tersergam macam kilang Ligo atau Sunsweet.
Small industries hanya produce as much as 50 kg per one go. Buat kat anjung dapur dgn anak beranak saja.
Aku pun pernah involved dgn usaha gini. Kisar upah orang kampung, isi kapsul pun upah orang. But nowaday that product already done by tons per batch, we do it in much proper hi-tech facility with all sort of certificate passes.
Kismis minda adik aku, aku rembat wt makan sambil tgk maharaja lawak mega...tgk label kena amik jumlah ganjil n baca selawat...tp aku amik bergenggam-genggam..doa makan pn x baca..hikhikhik..
bergenggam?? patut aa fungsi badan ko terjejas.. lemak tidak menjadi najis..
oppa genggam style....op..op..op...yeeehaaa...
jadi berapa UPSR adik ko.. mesti dah banggang sebab ko rembat makan kismis die..
@amli, so kenape boleh jadi femes dan nationwide die punya product