[KERAJAAN] Maklumat untuk Pemain Baru
![Malaysia](http://www.erepublik.net/images/flags_png/S/Malaysia.png)
Prime Minister's Department
Artikel ini, seperti yang tertera di tajuknya, bertujuan untuk memaklumkan pemain-pemain baru (newbies). Ia merupakan kompilasi pautan-pautan yang dapat membantu pemain-pemain baru di peringkat awal penglibatan mereka.
Pertama sekali, panduan ultra-padat. Kredit kepada Pejabat Sosial. Terdapat dalam dua bahasa:
English
Malay
Seterusnya, National forums adalah tempat kita berdiskusi. Buat masa ini, aktiviti perbincangan agak lembap, jadi terpulang kepada anda pemain-pemain baru untuk menghidupkannya! Daftar segera dan kenalkan diri anda!
Maklumat lanjut: Pejabat Sosial (Social Office).
Pejabat Sosial (Social Office) adalah organisasi yang bertanggungjawab mengenai isu-isu berkaitan wellness (kesihatan karakter anda), merangkumi sebarang permasalahan yang bakal anda hadapi. Sekiranya wellness anda di bawah 40, dapatkan bantuan dengan segera. Caranya: PM (mesej) Pejabat Sosial. Hampir mati? PM Pejabat Sosial. JANGAN SAMPAI TERLEWAT. Ia mungkin akan menjejaskan enyawa anda.
Seterusnya, Tentera Darat Malaysia. TDM adalah pada dasarnya Pasukan Tentera Negara eMalaysia. Ia bertanggungjawab untuk mempertahankan negara dari ancaman luar dan anasir-anasir jahat.
Ada kalanya, anda mungkin memerlukan senjata. Anda boleh memohon senjata melalui PM kepada organisasi TDM. Anda juga boleh memohon dengan meninggalkan komen di bawah artikel setiap kali artikel itu menyeru anda untuk memohon senjata.
Sekiranya anda masih belum mendaftar dengan TDM, daftarlah sekarang. Setiap rakyat harus menyertai tentera negara. Pertahankan negara anda! eMalaysia!
Daftar DI SINI.
Seperkara lagi yang anda patut lakukan ialah INSTAL SKRIP ARAHAN HARIAN. Ikut arahan di dalam artikel ini untuk cara-cara instalasi. Ia amat membantu. Percayalah. Saya akan cuba dapatkan eDBP untuk menterjemah artikel tersebut secepat mungkin.
Sekarang, mari berkenalan dengan IRC. IRC adalah di mana kebanyakkan komunikasi langsung berlaku. Di sini, anda boleh berborak, lepak dan pelajari benda-benda baru dari pemain-pemain yang lebih berpengalaman. Dalam keadaan darurat, arahan-arahan langsung akan diberikan di sini. Adakalanya, IRC tampak lengang seperti kubur, tetapi ANDA boleh menghidupkannya kembali, bukan? Mana tahu, satu hari nanti anda mungkin akan menjadi orang penting di eWorld! Ada beberapa cara untuk menggunakan IRC.
Pertama ialah melalui Rizon sendiri. Gunakan pautan di bawah:
Rizon IRC
Taip nama anda (seeloknya nama yang sama dengan nama eRepublik supaya lebih mudah) dan kemudian disusuli dengan nama channel. Tiga channel di bawah adalah channel yang sentiasa terbuka.
#erepublik.my -Channel IRC Kebangsaan
#MAP - Channel IRC FUP
#DAP - Channel IRC DAP
Kedua ialah melalui Mibbit. Saya tidak menggunakan Mibbit, jadi saya kurang pasti bagaimana untuk menggunakannya.
Pautan: Mibbit
Gunakan senarai di menu dan pilih Rizon (webirc). Kemudian ikuti arahan tadi dan seharusnya anda akan tiba ke tempat yang sama. 😛
Antara individu yang patut anda kenali termasuklah:
Vikta- Penjana kelahiran terkemuka, mentor and ‘eBapa’ kepada ramai pemain termasuklah saya sendiri.
Nagyzee- Guru ekonomi eMalaysia.
SetsunaX- Bekas menteri Hal Ehwal Sosial yang membantu newbies tanpa henti sepanjang memegang jawatan.
Carr De Vaux- Jurnalis terulung.
Untuk menamakan mereka semua mungkin akan sampai kiamat. Jadi amati barisan kabinet DI SINI.
Pada dasarnya, untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai eMalaysia dan sejarahnya di dunia ini, bacalah artikel-artikel akhbar yang diterbitkan oleh mereka yang disebut di atas. Artikel-artikel mereka akan dapat membantu anda memahami lebih lanjut terutamanya sebarang perkara yang telah lepas.
Itu sahaja buat masa ini. (Artikel ini telah diterjemahkan oleh eDBP dari bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu). Maklumat lanjut mengenai eDBP DI SINI. Jadi hargailah usaha mereka dalam penterjemahan ini kerana ia bukanlah satu kerja mudah.
Undi artikel ini supaya dapat dihargai oleh lebih ramai orang! Jangan kedekut!
Yang Benar,
Darrenj93
MOIAC
(Translated by eDBP Team 😎
Comments
excellent article and translation!
First!
vote and subs..
i cannot click the link DI SINI.
but,i hope that my name will be list there..
haha.
good translation by eDBP group.
Di Sini for the barisan kabinet is ww88's article. If there is a problem just check ww88's newspaper.
Darren, the link broken lar... The link ofr Player Guide
btw, use berbincang instead of berdiskusi, sounds way too weird.
install - memasang
diskusi IS a BM word, borrowed from english.
memasang cannot be used for software. there is no other word equivalent to install, hence the use of "instal". the reason for this is that "instalasi" is also a BM word, borrowed from english, but the word "instal" is not.
reference: Kamus Inggeris-Melayu Dewan.
dont worry, i've done my homework 😉